Tabung Harapan Malaysia cecah RM55 juta - Utusan Malaysia

Tabung Harapan Malaysia cecah RM55 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jumlah kutipan untuk Tabung Harapan Malaysia kini sudah mencecah RM55,386,342.38. Menurut laman Twitter rasmi Kementerian Kewangan, jumlah terkumpul itu adalah setakat pukul 3 petang hari ini, sejak ia dilancarkan pada 31 Mei lalu. Pada 30 Mei lepas, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan tabung itu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyumbang untuk membantu menangani masalah hutang negara yang kini telah mencecah RM1 trilion. Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 566010626452 dalam bentuk mata wang Ringgit. – Bernama 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN