PUTRAJAYA 30 Jun – Jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) sehingga pukul 3 petang tadi adalah RM131.9 juta. Jumlah sumbangan tersebut dimaklumkan Kementerian Kewangan menerusi laman web kementerian itu. Penubuhan THM diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion. Penubuhannya membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat itu secara sistematik dan telus. Orang…