KUALA LUMPUR 26 Jun – T7 Global Bhd. menunggu keputusan perbincangan semula Kerajaan Pakatan Harapan berhubung pembinaan projek pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
T7 Global pada Mac lalu memeterai memorandum persefahaman dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corp Bhd. (EPIC) dan syarikat milik penuh Bumiputera, CMC Engineering Sdn. Bhd. untuk membentuk konsortium melaksanakan bahagian pembinaan projek ECRL di Terengganu.
Pengerusi T7 Global, Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani berkata, sebarang peluang dan keputusan di bawah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun muncul pemegang saham utama T7 Global, pihaknya akan laksanakan.
“Sama seperti objektif kerajaan terdahulu, kami berharap projek ini akan memberi manfaat kepada kontraktor tempatan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) T7 Global di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










