ARAU 16 Jun – Ketua Pemuda UMNO negeri, Syed Atif Syed Abu Bakar mengumumkan bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan parti itu, pada 30 Jun ini. Syed Atif berkata, beliau merasakan ada peranan dan pengalaman yang mampu disumbangkan kepada UMNO dalam situasi parti sedang jatuh dan menghadapi detik-detik sukar. Katanya, di saat parti jatuh dan menghadapi sebesar-besar ujian yang tidak pernah dialami oleh mana-mana kepimpinan UMNO terdahulu, semua pihak…










