Switzerland sasar naib juara kumpulan - Utusan Malaysia

Switzerland sasar naib juara kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MESKIPUN diundi dalam salah satu kumpulan sukar pada Piala Dunia kali ini, namun Switzerland dilihat berpeluang untuk meloloskan diri ke pusingan seterusnya ber­­­dasarkan barisan pemain yang dimiliki.

Reputasi selaku pa­sukan No. 6 dunia pas­tinya menghadirkan gerun kepada dua pasukan lain yang menghuni ranking lebih bawah iaitu Costa Rica dan Serbia.

Bagaimanapun, kemampuan Swit­zerland sedikit sebanyak menjadi persoalan apabila gagal melayakkan diri secara automatik tetapi perlu melepasi saingan playoff yang mana mereka menewaskan Ireland Utara 1-0.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad kendalian Vladimir Petkovic itu juga perlu mengelakkan dua kekalahan awal, menentang Brazil dan Serbia sekiranya mahu mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati.

Memandangkan Brazil dilihat sebagai calon utama untuk menjuarai saingan peringkat Kumpulan E, maka tempat sebagai naib juara bakal menjadi rebutan tiga pasukan yang akan bertemu juara Kumpulan F.

Pasukan Rossocrociati itu dilihat memiliki gabungan pemain yang cukup mantap pada posisi pertahanan dan tengah, namun mungkin membuatkan Petkovic dalam dilema bagi memi­lih penyerang utama berdasarkan rekod kurang memberangsangkan pemain-pemain serangan.

Sebelum ini, Petkovic melaungkan keyakinan skuad ken­­daliannya itu mampu me­langkah jauh selain tidak meletakkan had sasaran pada kejohanan empat tahun sekali tersebut.

“Saya menaruh sepenuh keyakinan terhadap pemain-pemain saya. Kami juga tidak meletakkan had sasaran pada Piala Dunia kali ini kerana kami mahu melangkah jauh, mungkin hingga ke final,” katanya.

Dua pemain Liga Perdana England, Granit Xhaka yang beraksi bersama Arsenal serta pemain Stoke City, Xherdan Shaqiri pastinya menjadi pemain sandaran Switzerland pada edisi kali ini.

Pada Piala Dunia di Brazil empat tahun lalu, Switerland berjaya melangkah ke peringkat kalah mati selaku naib juara kumpulan, namun tewas 0-1 kepada Argentina. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini