KUANTAN 1 Jun – Seorang suri rumah dari Raub dekat sini kerugian sebanyak RM38,000 akibat diperdaya sindiket ‘Love Scam’ selepas berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial Facebook bulan lalu. Lelaki yang mendakwa dirinya warga Amerika Syarikat itu dikatakan berhasrat menghadiahkan mangsa dan anak-anaknya wang sebanyak USD20,000 (RM79,630). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berusia 42 tahun berkenalan dengan lelaki tersebut di Facebook pada 14 Mei lalu sebelum memberikannya nombor telefon pintar. “Mangsa kemudian berbalas mesej di aplikasi WhatsApp dan suspek kononnya terharu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya