“TEGAK rumah kerana sendi, runtuh budi rumah binasa, sendi bangsa ialah budi, runtuh budi runtuhlah bangsa.” – Buya Hamka. Sambutan Aidilfitri adalah bagi meraikan kemenangan umat Islam dalam keupayaan menundukkan nafsu agar kembali kepada fitrah yang dijadikan Pencipta. Hari yang penting ini sewajarnya digunakan sebagai penanda dalam mendidik diri untuk menghormati tatatertib bersosial. Ini termasuklah menjaga adab dalam pertuturan yang menjadi penggalas kehidupan bermasyarakat. Namun, entah apa yang merasuki bangsa…










