Suami isteri nyaris maut dilanggar Axia ketika makan depan restoran - Utusan Malaysia

Suami isteri nyaris maut dilanggar Axia ketika makan depan restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Pasangan suami isteri nyaris maut apabila dilanggar sebuah kenderaan ketika menjamah makanan di hadapan sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi 5, Bukit Tinggi di sini malam tadi. 

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, pasangan berusia 44 dan 50 tahun tersebut cedera di bahagian tangan, kepala dan kaki kiri. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki berusia 20 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pelabuhan Klang dari Sepang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, semasa sedang membelok memasuki kawasan kejadian didapati sebuah kereta lain berada di lorongnya. 

“Keadaan ini mengakibatkan pemandu Perodua Axia itu panik sebelum membelok ke kanan dan melanggar kedua-dua mangsa yang sedang makan di kawasan meletak kenderaan di hadapan sebuah restoran. 

“Sejurus selepas itu, Perodua Axia itu juga kemudiannya menaiki pembahagi sebelum melanggar besi penghadang,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Shamsul menambah, kedua-dua mangsa telah dikejar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan sementara pemandu tersebut membuat laporan polis di Balai Trafik Klang. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini