Suami isteri maut, dua cucu cedera kemalangan dua kenderaan - Utusan Malaysia

Suami isteri maut, dua cucu cedera kemalangan dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI 5 Jun – Sepasang suami isteri maut manakala dua cucu parah setelah kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kampung Kedai Dua, Selinsing, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Jubidi Johari, 62, dan isteri, Che Noriah Nawari, 58, maut di tempat kejadian manakala dua cucu lelaki masing-masing berusia lima dan 9 tahun cedera.

Kemalangan melibatkan Perodua Bezza dan Toyota Hilux itu turut mengakibatkan empat yang lain cedera namun identiti kesemua mereka masih belum dikenal pasti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, anggota bomba dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan manakala mayat mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini