STAN minta projek memanjangkan landasan lapangan terbang Sandakan diteruskan - Utusan Malaysia

STAN minta projek memanjangkan landasan lapangan terbang Sandakan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN)  meminta agar projek memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sandakan dapat diteruskan bagi meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke daerah itu.

Presidennya, Johnny Lim berkata, projek itu yang diluluskan kerajaan Persekutuan  sebelum ini dan dijangka siap Disember tahun depan diharap dapat diteruskan kerajaan Pakatan Harapan. 

“Kami berharap ia tidak akan dibatalkan disebabkan peralihan pemerintahan kerajaan Persekutuan. Projek ini penting bagi membolehkan penambahan penerbangan terus ke Lapangan Terbang Sandakan dan usaha menaik taraf kepada Lapangan Terbang Antarabangsa,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Projek memanjangkan landasan sepanjang 2,134 meter kepada 2,500 meter itu antara projek menaik taraf lapangan terbang itu yang diumumkan tahun lepas. 

Johnny berkata,  jika ada penerbangan terus dari destinasi baharu dan penambahan penerbangan sedia ada dari Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Tawau akan memudahkan pelancong datang ke Sandakan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN