SPRM cari dua individu bantu siasatan kes SRC International - Utusan Malaysia

SPRM cari dua individu bantu siasatan kes SRC International

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu yang dipercayai telah melarikan diri ke luar negara bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn. Bhd.

SPRM dalam kenyataan berkata, individu berkenaan dikenali sebagai Mohamed Redzuan Adamshah, 43, dengan alamat terakhir di Brickfields di sini.

Seorang lagi individu dikenali sebagai Toh Lean Seng, 45, dengan alamat terakhir di Jalan Tun Razak, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Rosli Husain di talian 03-8870 0529 atau 010-3187 757 atau e-mel kepada [email protected]. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini