Speaker DUN, UMNO sedia runding dengan Pas dan PH - Utusan Malaysia

Speaker DUN, UMNO sedia runding dengan Pas dan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 26 Jun – UMNO sentiasa membuka pintu rundingan dengan semua pihak termasuk Pas dan Pakatan Harapan ke arah menyelesaikan kemelut jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mampu menjerumuskan Kedah ke kancah Pilihan Raya Negeri (PRN).

Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sudah berbincang dengan UMNO Kedah termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Kita tidak ada pendirian rasmi (sokong atau bantah calon speaker) tetapi sedia buka pintu bagi sebarang rundingan demi kepentingan rakyat.

“Saya sudah berbincang dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan dua ADUN kita. Kita akan buat keputusan terbaik dan tepat demi kepentingan bersama, “ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya Badan Perhubungan UMNO Kedah di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, sebarang rundingan tersebut bagaimanapun turut mengambilkira pendirian UMNO Kedah melalui input yang diperoleh hasil perbincangan dengan pihak berkenaan.

“Kami tidak menolak kemungkinan tetapi seboleh-bolehnya mesti cari penyelesaian yang lain yang baik dengan semua pihak.

“Kita yakin bahawa pendirian negeri mesti dihormati dan mereka juga memberikan input politik. Saya akan bincang semula dengan semua pihak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN