SJINCB tekad harumkan nama negara di kejohanan pancaragam dunia - Utusan Malaysia

SJINCB tekad harumkan nama negara di kejohanan pancaragam dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasukan Pancaragam Laut Sekolah St. John’s Institution (SJINCB) tekad untuk mengharumkan nama negara dengan memenangi kejohanan pancaragam dunia yang akan berlangsung di Bacoor, Filipina pada 20 hingga 26 Jun ini. 

Pengetua St. John’s Institution (SJI), Manmohan Singh Kartar Singh berkata, sasaran SJINCB adalah untuk memenangi dalam kategori colour guard dan brass battle sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. 

“Keyakinan ini berdasarkan latihan intensif dan komitmen selama enam bulan oleh 70 anggota SJINCB yang bertungkus lumus menyiapkan diri bagi tiga kategori iaitu kategori ‘colour guard’, ‘open brass battle’ dan ‘drum battle’.

“Di samping itu, penyertaan SJINCB dalam kejohanan yang sama bagi beberapa edisi sebelum ini turut memberi penyuntik semangat dan keyakinan untuk merealisasikan impian mereka meraih kejayaan,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Difahamkan, selain SJINCB, tujuh buah negara lain iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Poland dan Taiwan akan turut berentap dalam kejohanan yang berprestij itu.

SJINCB pernah menyertai kejohanan yang sama di Thailand pada tahun 2015.

Pada edisi tersebut, SJINCB dinobatkan sebagai juara dalam kategori ‘Street Parade’ selain meraih gelaran Naib Juara untuk kategori ‘Show Band’ dan tempat ketiga dalam kategori ‘Drum Battle’. 

Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh SJINCB sebelum ini banyak dibantu oleh pihak Alumni Pancaragam Sekolah SJI (SJICBA) termasuk sokongan oleh pihak sekolah dan ibu bapa. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN