Singapura lancar medalion pertemuan Trump dan Jong-un - Utusan Malaysia

Singapura lancar medalion pertemuan Trump dan Jong-un

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Singapura semalam melancarkan medalion kenang-kenangan menjelang sidang kemuncak antara pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara di pulau ber­kenaan.

Medalion itu tertera perkataan Keamanan Dunia dalam huruf besar.

Tulisan pada medalion itu yang jual oleh kedai online, Singapore Mint, dilengkapi lambang ke­amanan berupa burung merpati dan dahan pokok zaitun selain hia­san bunga mawar dan magnolia iaitu bunga kebangsaan AS serta Korea Utara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di bahagian belakang cendera­hati itu yang berharga lebih AS$1,000 (RM3,979) untuk versi emas, menggambarkan dua tangan berjabat di hadapan bendera kedua-dua negara bertarikh 12 Jun 2018.

Pertemuan an­tara Donald Trump dan Kim Jong-un merupakan yang pertama antara seorang Presiden AS dan pemimpin Korea Utara

Selepas perang mulut selama beberapa bulan, pertemuan itu bertujuan untuk memulakan perbincangan bagi menamatkan program nuklear Korea Utara sebagai balasan untuk insentif diplomatik dan ekonomi.

Pada bulan lalu, White House turut melancarkan syiling peringatan untuk sidang kemuncak itu tetapi mencetuskan keganjilan apabila Trump membatalkan acara tersebut pada 24 Mei lalu dengan memetik ‘permusuhan terbuka’ Pyongyang sebagai punca berbuat demikian.

Beliau bagaimanapun menghidupkan kembali perbincangan empat mata itu.

Pada 2015, Singapura menjadi tuan rumah pertemuan bersejarah antara pemimpin Taiwan dan China, buat kali pertama sejak perang saudara berakhir pada tahun 1949. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini