TERPERANGKAP dalam kesesakan lalu lintas sehingga berjam-jam lamanya bukan lagi perkara luar biasa bagi pengguna jalan raya terutamanya di bandar raya. Bahkan, ia merupakan santapan harian kepada pengguna jalan raya terutamanya di Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Pelbagai faktor yang menyebabkan kesesakan itu berlaku seperti jalan berlubang, sambutan perayaan, hujan dan kemalangan. Namun tanpa kita sedar sikap diri sendiri merupakan penyebab besar kepada kesesakan lalu lintas itu. Saban hari, tabiat…










