KUALA TERENGGANU – Pengguna diminta membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu sekiranya terdapat sebarang penipuan atau manipulasi harga yang dilakukan oleh peniaga selepas penetapan sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Pengarahnya, Saharuddin Mohd. Kia berkata, sebanyak 11 aduan direkodkan atas pelbagai kesalahan di seluruh negeri Terengganu bermula 1 Jun sehingga semalam. “Setakat ini kita telah menerima 11 aduan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Dungun…