Siasat skandal bazar Ramadan - Utusan Malaysia

Siasat skandal bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) semalam menggesa agar siasatan berdasarkan ketegasan undang-undang sepenuhnya dilakukan terhadap apa yang disebut sebagai Skandal Bazar Ramadan dan menyifatkannya sebagai tanda dengan dakwat merah pertama bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Presidennya, Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohamed Arshad Raji dalam kenyataan akhbarnya berkata, tindakan perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah kerana dengan cara itu sahajalah PH akan terus mendapat keyakinan serta rasa hormat sepenuhnya daripada rakyat.

“Skandal adalah skandal, tidak kira walau betapa kecil sekali pun dan mesti disiasat dengan berdasarkan ketegasan undang-undang sepenuhnya,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN