Siasat kroni beli saham - Utusan Malaysia

Siasat kroni beli saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG

WALAUPUN kerajaan baharu kelihatan kerap membuat ‘pusingan U’, saya cuma menganggap mereka masih lagi cuba mencari tapak dalam pemerintahan buat kali pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, dakwaan bahawa terdapat kroni ahli politik tertentu yang membeli saham syarikat menguruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) secara besar-besaran ketika harga menjunam pada Mei lalu.

Ini menimbulkan tanda tanya adakah pemimpin tertentu mengumumkan pembatalan projek tertentu untuk menjatuhkan saham syarikat berkaitan supaya dapat dibeli pada harga murah oleh ‘rakan kroni’ sebelum mengubah keputusan untuk meneruskan projek tersebut.

Saya harap Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara ini kerana umpama manipulasi pasaran dan salah guna kuasa.

Bukan mahu menuduh melulu tetapi bukti transaksi telah disebarkan meluas dalam media sosial.

Bagi memastikan hak rakyat tidak dicuri pihak berkepentingan dan membersihkan nama individu terbabit, elok kiranya siasatan segera dijalankan.

Setiap hari laungan Malaysia baharu tetapi isu sebegini boleh menjejaskan reputasi kerajaan dan barisan kepemimpinan negara.

Saya yakin rakyat bebas bersuara dan pada masa sama kerajaan juga telus dalam menjalankan siasatan tanpa mengira pangkat atau darjat.

Dalam hal ini, pihak berkuasa haruslah benar-benar bebas apabila menjalankan siasatan terhadap sesuatu kes itu.

Akhir sekali, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

PELABUR MUDA

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN