KUALA LUMPUR – Teka-teki siapa yang bakal menyandang jawatan tertinggi UMNO sebagai Presiden yang baharu dijangka diketahui sekitar tengah malam ini apabila proses pengiraan undi melibatkan 150,000 perwakilan di seluruh negara selesai dilakukan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh (gambar kecil) berkata, proses pemilihan parti kali ini melibatkan banyak jawatan serta calon yang akan menyebabkan proses pengiraan serta keputusan diketahui lebih lewat berbanding pemilihan sebelum ini.
“Kita tidak dapat agak waktu sebenar keputusan akan diperoleh tetapi kita jangkakan sekitar tengah malam atau pukul 1 pagi,” katanya kepada Kosmo! semalam.











