Shukri faham perasaan, situasi Syafiq Kyle - Utusan Malaysia

Shukri faham perasaan, situasi Syafiq Kyle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Jun – Pelakon Shukri Yahaya mengakui amat memahami perasaan dan situasi yang dihadapi rakan artis, Syafiq Kyle berhubung kontroversi penularan video lucah baru-baru ini.

SHUKRI YAHAYA

Shukri, 29, berkata, pengalamannya berdepan situasi yang hampir sama membuatkan dia sangat memahami keadaan Syafiq sekarang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sama seperti saya dulu, kontroversi yang melanda dia (Syafiq) juga berlaku dalam bulan Ramadan. Jadi sedikit sebanyak saya dapat rasa apa yang dia rasa,” ujar Shukri ringkas.

Setahun lalu, Shukri yang cukup popular menerusi drama 7 Hari Mencintaiku pernah dilanda kontroversi gara-gara penyebaran paparan mesej menggoda wanita dalam aplikasi Wechat.

Menurut Shukri, sepanjang melalui tempoh-tempoh yang sukar itu, dia banyak bermuhasabah diri dan menjadi seorang yang lebih matang dalam mengharungi hidup sebagai anak seni.

“Sudah setahun perkara itu berlalu, jadi, saya tidak mahu ambil kisah lagi. Saya lebih selesa menyibukkan diri dengan kerja. Perkara tersebut mematangkan saya dan sekarang saya menjadi lebih berhati-hati.

“Saya sangat takut kalau sejarah hitam itu berulang sebab saya ada isteri, anak, keluarga dan mertua”, katanya ketika ditemui majlis Tayangan Eksklusif dan Sesi Beramah Mesra dengan Barisan Artis Pelangi Cinta bertempat di Pavilion, KL, semalam.

Shukri berkahwin dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaira Ameena yang lahir pada 24 Ogos 2016. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini