PARIS 1 Jun – Serena Williams bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain muda Australia, Ashleigh Barty 3-6, 6-3, 6-4 bagi meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga kejohanan tenis Terbuka Perancis, hari ini. Juara tiga kali dan bekas pemain No. 1 dunia itu, yang menyarung catsuit berwarna hitam, beraksi pada Grand Slam pertamanya sejak memenangi Terbuka Australia 2017 ketika dia sedang hamil dua bulan. Pemain berusia 36 tahun itu yang…










