SAMARA 17 Jun – Tendangan lencong daripada sepakan bebas kapten Aleksandar Kolarov pada minit ke-56 mengesahkan kemenangan 1-0 Serbia ke atas Costa Rica dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E di Arena Samara hari ini. Sepakan kaki kiri bekas pemain Manchester City itu melepasi tembok pertahanan dan melencong ke hujung kanan gawang sehingga menyulitkan penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas untuk menepis bola. Costa Rica yang mara ke suku akhir edisi 2014, bergelut untuk mencipta peluang dalam usaha menyamakan kedudukan selepas Serbia bermain dengan lebih bertahan dan sesekali melakukan serangan balas. Lima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya