KIEV 24 Jun – Sekumpulan penyerang yang memakai topeng menyerang kem Roma di barat Ukraine hari ini, menyebabkan seorang terbunuh dan empat lagi cedera termasuk kanak-kanak. Jurucakap polis, Yaroslav Trakalo berkata, kumpulan penyerang itu melakukan serangan dengan menggunakan beberapa senjata termasuk kayu baton. Seorang pemuda berusia 24 tahun maut dalam kejadian itu apabila ditikam manakala tiga lagi mangsa dimasukkan ke hsopital termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun. Sehubungan itu, polis menahan tiga suspek bagi membantu siasatan dan tidak dapat dipastikan jika mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan pergerakan radikal. –…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya