JAKARTA – Malaysia dan Indonesia semalam sepakat untuk menangkis kempen negatif Eropah berhubung industri minyak sawit.
Memuatkan artikel berkaitan…
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sebagai dua pengeluar utama komoditi itu, Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasama melawan kempen yang dijalankan Eropah memburukkan industri negara.
“Eksport minyak sawit kini diancam oleh Eropah dan kita perlu bersama melawan hujah mereka kononnya banyak hutan ditebang yang memberi kesan besar kepada cuaca dan alam sekitar,” kata beliau pada sidang akhbar bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Presiden Bogor di sini.











