KUALA LUMPUR 19 Jun – Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas bas dinaiki mereka terbalik dalam kejadian di Kilometer 33.3, Lebuh Raya Karak, dekat Gombak, sebentar tadi. Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, bas dinaiki 42 orang tersebut dalam perjalanan menghala ke arah Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan dan terbalik. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan pada…










