KUALA LUMPUR 27 Jun – Kontroversi kenyataan akhbar dalam bahasa Mandarin oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada minggu lalu terus mendapat perhatian rakyat pelbagai latar belakang termasuk ahli akademik dan penggiat seni yang memberikan pendapat mereka dalam media sosial. Walaupun telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan perkara tersebut, perbuatan Setiausaha Agung DAP itu yang seolah-olah mencabar kedudukan istimewa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, malah melabel mereka yang mempertahankan bahasa…










