Senarai penuh Kabinet PH diumum minggu ini - Utusan Malaysia

Senarai penuh Kabinet PH diumum minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Senarai penuh Menteri Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijangka diumumkan pada minggu ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa ini, pihaknya memberi sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membentuk Jemaah Menteri PH.

“Kami dimaklumkan proses pemilihan Kabinet dapat diselesaikan dalam minggu ini namun tidak dapat dipastikan harinya. Jadi, semua diminta bersabar.

“Pembentukan Jemaah Menteri merupakan bidang kuasa Perdana Menteri dan selepas itu baru dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong bagi upacara angkat sumpah jawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini sebentar tadi.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Sebelum ini, kerajaan PH hanya mengumumkan sebanyak 13 Menteri Kabinet antaranya ialah Menteri Pendidikan, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Kewangan. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN