IPOH – Para pengguna diingatkan untuk meminta dan menyemak resit pembelian atau pembayaran bagi memastikan harga yang dibayar tidak lagi mempunyai enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata, ia bagi mengelakkan sebarang penipuan atau kekeliruan berhubung penetapan kadar sifar peratus GST yang bermula hari ini. “Berdasarkan pemeriksaan hari ini, terdapat beberapa kedai masih memaparkan harga lama tetapi di dalam sistem harga itu telah ditukar (tanpa GST), hanya pada resit tertera sifar peratus GST. “Sebab itu pengguna atau pembeli perlu lihat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya