KUALA LUMPUR 29 Jun – Kuasa eksekutif atau menteri khususnya yang menjaga hal ehwal Islam di negara ini perlu dipantau supaya tidak terlalu berkuasa, sehingga mengatasi peranan raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti berkata, hal itu penting bagi mengimbangi kuasa antara pentadbiran Pusat dan negeri dalam soal agama Islam,…










