MEXICO CITY 25 Jun – Keseluruhan anggota pasukan polis di Ocampo, sebuah bandar di Mexico ditahan berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam pembunuhan seorang calon datuk bandar menjelang pilihan raya umum negara ini pada 1 Julai ini. BBC melaporkan, Fernando Angeles Juarez, 64, ditembak mati oleh lelaki bersenjata tidak dikenali di luar sebuah daripada hartanah miliknya dalam satu kejadian, Khamis lalu. Lebih daripada 100 ahli politik telah dibunuh di seluruh Mexico…










