KUALA LUMPUR 20 Jun – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan dan pihak berkuasa menyegerakan usaha memberikan status kenegaraan kepada warga tempatan khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang masih tercicir dan belum berdaftar di Sabah. Pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph berkata, kerajaan baharu yang dipilih perlu mencari jalan penyelesaian sebaiknya bagi menangani permasalahan tersebut yang sudah berlarutan begitu lama. “Mereka yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak, ada di antara mereka yang…










