SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor membuat rombakan dalam pentadbiran melibatkan portfolio tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Memuatkan artikel berkaitan…
Amirudin yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor pada 19 Jun lalu memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam dan Komunikasi Strategik dan Pembangunan Generasi Muda dan Sukan.
Beliau yang mengambil alih kepimpinan negeri daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini merupakan Exco kerajaan negeri yang memegang portfolio Pembangunan Generasi Muda dan Sukan.











