PASIR GUDANG – Pemilihan sayap pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang menyaksikan kesemua jawatan yang dipertandingkan dimenangi calon-calon yang dipilih tanpa ada pertandingan.
Bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros menang tanpa bertanding untuk memegang jawatan ketua pemuda pada pemilihan sayap kali ini.
Noor Azleen menggantikan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang sebelum ini yang sudah tidak layak bertanding kerana mencapai had umur.
Noor Azleen ketika ditemui berkata, pemilihan bagi sayap pergerakan Pemuda UMNO Bahagian itu tidak ada pertandingan melibatkan kesemua jawatan disebabkan calon-calon berkenaan memang cukup baik dan terpiih
“Saya sebagai ketua yang baharu memberi jaminan sayap pemuda bahagian akan berusaha berusaha mendapatkan semula kepercayaan belia selain melupakan agenda retorik dalam perjuangan parti.
“Pemuda di bawah kendalian kami akan membawa nafas baharu dan lebih memberi keutamaan kepada penjanaan bakat serta personaliti berkualiti anak muda masa kini,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan pergerakan itu di Amansari Resort di sini hari ini. – K! ONLINE
KEPUTUSAN PEMILIHAN SAYAP PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG
Pengerusi Tetap
Muhamad Mustafa
Timbalan Pengerusi Tetap
Mohd. Haziq Hassan
Ketua Pemuda
Noor Azleen Ambros
Naib Ketua Pemuda
Mohd. Khairul Azlan Sulong
Ahli Jawatankuasa
1. Ahmad Fadzli Bahara Nordin
2. Indraputra Ibrahim
3. Izzham Shafiq Hashim
4. Khairul Annuar Mohammad
5. Mohd. Akmal Mohd. Za’ai
6. Mohd. Azlan Mohd. Jidin
7. Mohd. Fairuz Mohamad Azrie
8. Mohd. Hafiz Abdul
9. Mohd. Syahrul Azam Aris
10.Mohamad Azlan Talib
11.Muhammad Kharuddin Hamid
12.Muhammad Rizal Abdullah Sani
13.Nazri Tangis
14.Zainal Abidin Abdul Malik
15.Zamri Baba










