Saya tidak berniat jahat - Utusan Malaysia

Saya tidak berniat jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA – Presiden Fili­pina, Rodrigo Duterte menolak dakwaan bersikap prejudis terhadap wanita semalam apabila beliau mengucup bibir seorang wanita Filipina di atas podium di Seoul dan menyatakan bahawa mereka ‘menikmatinya’.

Duterte, 73, yang merupakan seorang datuk, menawarkan buku percuma untuk ciuman semasa lawatan ke Korea Utara. Beliau memanggil seorang wanita, Bea Kim, naik ke podium semasa berucap pada Ahad lalu dan menunjukkan jari pada bibirnya.

Wanita itu pada mulanya keberatan kerana sudah bersuami, namun, tidak membantah ketika Duterte mencium bibir­nya sambil menerima sorakan penonton yang kebanyakannya terdiri dari­pada ekspatriat ­Filipina.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menikmatinya. Ia adalah satu pertunjukan dan semua orang menyukainya.

“Saya tidak melakukannya di tempat awam sekiranya ada niat jahat,” kata Duterte kepada wartawan setibanya di Manila.

Duterte turut berkata, beliau sanggup meletak jawatan berhubung isu tersebut sekiranya aduan mengenainya meningkat.

“Sekiranya semua wanita di sini menandatangani petisyen supaya saya meletak jawatan, saya akan berundur,” tambah­nya.

Sejak berkuasa pada perte­ngahan 2016, Duterte membangkitkan kemarahan kerana komen beliau mengenai wanita termasuk lawak rogol, bermegah tentang kecurangan, memalukan pengkritik wanita dan meminta askar menembak kemaluan gerila wanita. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini