MUKADIMAH: DATUK SERI AHMAD SAID baru pulang membaja tanaman nangka di kebunnya ketika kami singgah untuk ditemubual tentang keputusannya bertanding Naib Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini. Setelah sekian lama, bekas Menteri Besar Terengganu itu merupakan pemimpin Terengganu kedua menawarkan diri bagi jawatan di peringkat tertinggi parti yang suatu ketika pernah disandang Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dalam era menerajui negeri. Dikenali sebagai seorang yang tidak keberatan untuk lantang mengungkap…










