Saya berasa bertanggungjawab tarik sokongan muda - Dira - Utusan Malaysia

Saya berasa bertanggungjawab tarik sokongan muda – Dira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Bekas Exco Puteri UMNO, Khaidriah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira akan mengunakan platform Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menarik sokongan golongan muda kepada UMNO kerana parti tersebut bukan berjuang untuk kepentingan ahli tetapi untuk kesejahteraan rakyat.

Dira yang merupakan salah seorang calon MT UMNO dalam pemilihan yang akan berlangsung esok berkata, beliau perlu bekerja keras tiga kali ganda dari sekarang untuk memastikan berlaku perubahan dalam parti keramat orang Melayu itu.

Bekas pelakon dan pengarah itu berkata, beliau yang berasa bertanggungjawab untuk menarik sokongan golongan muda terhadap UMNO akan menjadi jambatan antara parti dan kumpulan.

Dira berkata, beliau mendapat banyak pandangan dari rakyat bahawa mereka masih sayangkan UMNO dan Barisan Nasional, namun parti tersebut perlu melakukan perubahan.

“Saya kena bekerja keras untuk memastikan perubahan dalam UMNO. Puteri boleh gerakkan suara anak muda. Isu pilihan raya dulu kerana kita putus hubungan dan hilang kepercayaan dengan pengundi baru.

“Saya bertanggungjawab untuk tarik semula sokongan anak muda. Kita perlu ada hubungan dengan anak muda. Saya boleh jadi jambatan dengan anak muda. UMNO bukan untuk ahli sahaja tetapi untuk rakyat,” kata Dira dalam program Sembang Online hari ini.

Sembang Online tersebut dihoskan oleh wartawan Utusan Online Mohamad Athir Ismail dan turut menjadi tetamu adalah Tun Faisal Ismail Aziz yang juga calon Majlis Tertinggi UMNO yang akan bertanding dalam pemilihan yang berlangsung esok.

 

Menurut Dira, UMNO telahpun mula melakukan perubahan bermula dengan pemilihan kepimpinan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Sabtu lepas.

Pemilihan tersebut menyaksikan individu yang bukan dari kepimpinan sayap seperti Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Datuk Dr. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dipilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO.

“Inilah perubahan yang perwakilan dan UMNO mampu buat. UMNO ada perubahan tetapi bukan secara keseluruhan. Kita kena ada gandingan lama dan baru kerana setiap generasi ada kemahiran dan jaringan yang berbeza,” kata Dira.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN