SAR, dua mangsa ditemukan pagi tadi - Utusan Malaysia

SAR, dua mangsa ditemukan pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANOWIT 2 Jun – Dua daripada tiga bersaudara yang hilang selepas dihanyut arus deras kelmarin di Sungai Poi, Nanga Ulin ditemukan pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Tiong Ling Hii berkata, mangsa, Henry Tataw, 28, ditemukan pada jarak dua kilometer (km) dari lokasi kejadian manakala Rederict Benedict Rody, 12, 10km dari lokasi terakhir mereka hilang.

“Mayat kanak-kanak itu ditemukan pada pukul 9.45 pagi disusuli Henry lima minit kemudian.

“Kedua-dua mangsa sudah diserahkan kepada polis pukul 10.50 pagi tadi untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN