PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan menutup sementara Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bagi menyiasat dakwaan berhubung soal keselamatan, kata Menterinya, Dr. Maszlee Malik dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, sistem SAPS telah digantung berikutan timbul kebimbangan berhubung masalah keselamatan ekoran dakwaan berlaku serangan terhadap sistem itu. “Bagi pihak kementerian, saya mohon maaf atas kerisauan yang timbul tetapi saya sendiri sedang melihat isu itu dan mengambil tindakan segera,” ujar Dr. Maszlee. Beliau berkata, kementeriannya kini menganalisis dakwaan berkenaan yang dihantar kepada mereka pada Sabtu lalu (9 Jun). “Sebagai langkah berjaga-jaga, saya telah mengarahkan…