Sambutan luar biasa di rumah terbuka PM Mahathir dan Menteri Kabinet - Utusan Malaysia

Sambutan luar biasa di rumah terbuka PM Mahathir dan Menteri Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat hari ini mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri dihoskan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kabinet di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di sini. 

Ini merupakan majlis rumah terbuka Aidilfitri pertama Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Dr. Mahathir setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Tetamu mula berkumpul seawal 8.30 pagi di pintu masuk Seri Perdana untuk menghadiri majlis yang dijadual berlangsung dari 10 pagi hingga 4.30 petang hari ini.

Sambutan kali ini agak berbeza kerana ia diadakan di Laman Sari di pekarangan Seri Perdana berbanding tahun lepas yang mana hos-hos akan bersalamanan di dalam kediaman rasmi itu. 

Cuaca panas tidak menjejaskan keterujaan orang ramai yang berbaris panjang dengan penuh sabar untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Dr. Mahathir dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang memakai baju Melayu dan baju kurung warna ungu.

Ketibaan Dr. Mahathir disambut dengan sorakan gemuruh daripada pengunjung. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN