IPOH, 14 Jun (Bernama) – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengingatkan umat Islam agar mempamerkan sifat terbuka, persahabatan dan pendamaian yang dianjurkan oleh Islam ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri esoki. Baginda bertitah sifat tersebut adalah dengan membuka pintu rumah, menerima kunjungan tetamu daripada pelbagai agama dan kaum agar terpupuk semangat persaudaraan, rasa kasih sayang dan budaya saling menghormati sesama insan. “Sambutlah Aidilfitri dalam suasana gembira yang dapat mengeratkan silaturahim sesama…










