YEKATERINBURG, Rusia 15 Jun – Jose Gimenez muncul wira apabila meledak gol tunggal untuk Uruguay menang 1-0 ke atas Mesir yang tidak dibintangi pemain prolifiknya, Mohamed Salah pada aksi pembukaan bagi kedua-dua pasukan itu di Piala Dunia, sebentar tadi. Kejayaan tersebut membolehkan Uruguay menghuni kedudukan kedua Kumpulan A di belakang tuan rumah Rusia yang membelasah Arab Saudi 5-0 dalam perlawanan pembukaan kejohanan berprestij itu semalam. Dengan ketiadaan bintang Liverpool Salah,…










