MOSCOW – Ketua jurulatih Rusia, Stanislav Cherchesov memberi amaran kepada para pemainnya supaya mengurangkan kesilapan ketika beraksi di padang menjelang aksi pembukaan Piala Dunia 2018 bertemu Arab Saudi malam ini. Rusia memasang impian sekurang-kurangnya mara ke saingan kalah mati dan perlu mengintai kedudukan kelompok dua pasukan teratas Kumpulan A yang turut disertai Arab Saudi, Uruguay dan Mesir. Bagaimanapun, sekiranya diukur melalui tujuh keputusan perlawanan persahabatan sebelum ini, Rusia berdepan kesukaran…










