PETALING JAYA 22 Jun – Kira-kira 6,000 masyarakat berbilang kaum mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di laman MBPJ di sini hari ini. Acara tahunan yang bertujuan mengeratkan perpaduan dan hubungan antara kaum itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah wang tunai sebanyak RM500 kepada 10 pemenang bazar Ramadan selain sumbangan duit raya kepada kanak-kanak. Yang hadir…










