Rumah Jamal dimasuki pencuri mengaku pengawal peribadi - Utusan Malaysia

Rumah Jamal dimasuki pencuri mengaku pengawal peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Kediaman Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dimasuki empat lelaki yang mengaku sebagai pengawal peribadi beliau dan melarikan pelbagai jenis barangan pada Ahad lalu.

Jamal Md. Yunos
JAMAL MD. YUNOS

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes kecurian itu daripada syarikat keselamatan yang mengawal kediaman terbabit pada 8.30 pagi hari yang sama.

“Mereka mengambil satu beg pakaian besar dan beberapa barangan lain seperti cermin mata, pakaian, beg tangan dan juga melarikan dua alat perakam kamera litar tertutup (CCTV).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang daripada suspek yang mengaku sebagai pengawal peribadi itu memberitahu pengawal keselamatan bahawa mereka mengambil pakaian dan kasut kerana tidak dibayar gaji oleh Jamal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini