Rossi nyata unggul di laman sendiri - Utusan Malaysia

Rossi nyata unggul di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ITALI – Pelumba legenda Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Valentino Rossi menempa sejarah di depan penyokong sendiri apabila berjaya meraih petak pertama pada Grand Prix (GP) Itali di Litar Mu-gello malam tadi.

Rossi, 39, berjaya mencatatkan masa terpantas dengan 1 minit 46.208 saat (s) sambil diekori rapat pelumba Ducati, Jorge Lorenzo yang ketinggalan hanya 0.035s untuk petak kedua.

Rakan sepasukan Rossi daripada Movistar Yamaha, Maverick Vinales pula meraih petak ketiga manakala juara dunia daripada Repsol Honda, Marc Marquez terpaksa berpuas hati memulakan perlumbaan di petak keenam.

Petak depan itu merupakan yang pertama buat Rossi, 39, dengan kali terakhir dia berbuat demikian pada GP Jepun di Litar Twin Ring Motegi pada tahun 2016 sekali gus mencatatkan rekod sebanyak 65 petak depan sepanjang kariernya setakat ini.

“Emosi yang sangat bagus sekali terutamanya me- lakukan pusingan selepas meraih petak depan, dapat melambai-lambai ke arah para penyokong tempatan dan ia menakjubkan.

“Ia sesuatu yang hebat dan juga mengejutkan memandangkan pasukan kami berdepan kesukaran pada sesi kelayakan. Bagaima-napun, hari ini saya berjaya melakukan pusingan terpantas dan saya fikir ia cukup untuk meraih barisan depan, namun akhirnya petak pertama.

“Ia merupakan tempoh yang panjang (meraih petak pertama), ia sangat pen-ting dan memberikan pe-rasaan amat baik. Saya fikir esok akan lebih sukar tapi apa yang pasti, saya mahu menikmati momen ini,” kata Rossi.

Sementara itu, pelumba sensasi negara daripada Monster Yamaha Tech 3, Hafizh Syahrin Abdullah akan memulakan saingan di petak ke-14 pada perlumbaan yang bermula pukul 8 malam ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN