Rosmah tiada kaitan dalam isu 1MDB - Utusan Malaysia

Rosmah tiada kaitan dalam isu 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak mempunyai sebarang kaitan dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekali gus menafikan dakwaan dalam Wall Street Journal (WSJ).

Rosmah Mansor
ROSMAH MANSOR

Dua peguam yang mewakili Rosmah, Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent berkata, anak guamnya itu tidak mempunyai sebarang kaitan mahupun peranan secara langsung dengan operasi harian 1MDB.

Katanya, Rosmah yang juga penaung Permata Negara tidak mempunyai kaitan dalam pengurusan kewangan 1MDB atau mereka yang dilantik untuk mengawasi firma itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami telah meneliti perkara-perkara yang dilaporkan dalam WSJ, yang memetik sumber mendakwa bahawa Datin Seri Rosmah merupakan individu utama dalam dakwaan penyelewengan kewangan 1MDB,” kata mereka dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Laporan terbaru WSJ memetik sumber-sumbernya menggambarkan Rosmah sebagai kuasa sebenar di belakang pentadbiran Najib dahulu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini