PUTRAJAYA – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11.44 pagi tadi bagi membantu siasatan berkaitan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn. Bhd. Beliau tiba dengan menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak dengan nombor pendaftaran WQF11. Turut kelihatan bersama dengan Rosmah ialah anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessikbayev. Rosmah turut ditemani peguamnya, K…










