PUTRAJAYA – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, 67, mengambil masa selama tiga jam untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), SRC International Sdn. Bhd. Beliau tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Presint 7 di sini semalam kira-kira pukul 10.44 pagi dan keluar pada pukul 3.45 petang. Rosmah, 67, kelihatan pulang dengan menaiki kereta Mercedes-Benz berwarna perak bernombor…










