Ronaldo sekali lagi jadi penyelamat Portugal - Utusan Malaysia

Ronaldo sekali lagi jadi penyelamat Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 20 Jun – Cristiano Ronaldo mengepalai senarai penjaring terbanyak selepas meledak gol keempat untuk Piala Dunia 2018, sekali gus membantu Portugal mencatat kemenangan 1-0 ke atas Maghribi di Stadium Luzhniki, sebentar tadi.

Dalam perlawanan kedua Kumpulan B itu, jaringan tunggal Ronaldo berjaya mengatasi Denis Cheryshev dari Rusia, yang setakat ini meledak tiga gol.

Penyerang prolifik Real Madrid itu menanduk masuk setelah memanfaatkan hantaran daripada Joao Moutinho menerusi sepakan sudut seawal minit keempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan tersebut meletakkan Portugal selaku pendahulu Kumpulan B sementara menunggu perlawanan antara Iran menentang Sepanyol sebentar nanti (pukul 2 pagi waktu Malaysia), manakala Maghribi muncul pasukan pertama tersingkir di Piala Dunia.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini