Ronaldo 'bijak berlakon' - Utusan Malaysia

Ronaldo ‘bijak berlakon’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOCHI – Bintang pertahanan Barcelona, Gerard Pique menggelarkan Cristiano Ronaldo sebagai ‘pelakon hebat’ setelah penyerang Portugal tersebut menjaringkan hatrik pada aksi peringkat Kumpulan B Piala Dunia menentang Sepanyol awal pagi semalam.

Ayam tambatan Real Madrid itu meraih tendangan penalti untuk Portugal pada minit ketiga sekali gus mengancam taktik pertahanan Sepanyol yang diketuai oleh Nacho Fernandez.

Kejayaan Ronaldo menyumbat gol pertama ke gawang lawan itu menjadikannya pemain keempat dalam sejarah melakukan jaringan pada empat edisi Piala Dunia berbeza.

Kapten Portugal itu berjaya menamatkan permainan dengan gol penyamaan untuk mengikat keputusan seri 3-3 setelah mendapat tendangan percuma pada minit-minit akhir perlawanan.

Pique juga tidak gembira dengan cara Ronaldo yang turut meraih gelaran pemain terbaik perlawanan setelah mendapatkan peluang untuk meraih gol dengan melakukan pelbagai taktik termasuk se­ngaja merebahkan badan apabila diasak.

“Cristiano (Ronaldo) memiliki kecenderungan melakukan dive. Kami mempunyai banyak peluang berbanding mereka yang memiliki hanya tiga peluang dan memanfaatkan ketiga-tiganya untuk menghasilkan gol.

“Apabila pasukan lawan menggunakan penalti untuk meraih kemenangan di pentas pembukaan Piala Dunia, ia merupakan satu petanda baik mengenai keadaan pasukan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN